categories

Wondermama

I had to chuckle when I came across the name Wondermama. I didn't know what to make of the name. The words Wonder Woman and Wonder Bra came into my head. That aside, when we stepped into Wondermama, there was a certain comfort and happy feel that came along with it. Its more of a familiar homely feel and cheerful colours.

Ever guessed that the lampshades were made of woks?
Dainty and pretty plates
Happy toy...
A pretty chillax corner (upstairs)
And there was our dining companion pretty and smiley Mei waiting. My glass of bubbles arrive soon after. How can a girl complain and not feel happy in Wondermama?
I'm hungry and I am glad that food arrives really fast. I love breads and the Roti Bakar Fusion RM4.50 with garlic butter, kaya dan tobiko is utterly yummy. A rather strange mix of ingredients but Chef Edwin Yau must be credited for this amazing recipe. 
A salad is always a good welcome to any of my meals. Wondermama's modern take at one of our Malaysian all time salad, WM Rojak RM14.90 is good. Never knew that papadam goes well with rojak.
The Salted Egg Salad may not be you regular idea of a salad but it sure is tasty and a good way to get picky eaters to start eating salads. Its a nice interesting ulam feel of mixing the salted eggs and the fresh vegetables.
I am not much into coconut based gravy so I hardly touched the Malacca Style Nyonya Laksa RM13.90. But it certainly went well with the hubster who pretty much ate quite a bit of the laksa. The gravy wwas a healthier take at the regular overly rich laksa gravy.
I love the Special Seafood Maggie Mee Goreng. At RM14.90 its a lil more expensive that your regular maggi mee goreng at the mamak but the taste and ingredients all whipped together is definitely worth it.  Its home styled goodness like how my late granny whips out fried instant noodles.
Ever eaten otak-otak with beef bacon and your pasta? Nope? The Wondermama Spaghetti Special RM22.90  with a spicy tomato base will be a fun adventure of different flavours for you then.
Both hubster and I were quite stuffed but we could not resist the idea of Malacca Style Nyonya Style Mee Siam. Served with a "cup" of spicy gravy to be poured into the noodles. Do remember to squeeze the lime before mixing it all well. 
I have always loved eggs and when the Half Boiled Eggs RM3.80 arrived, I wasn't quite sure what to make out of it since it came with a timer and a bowl filled with mushroom and seaweed. 
Take the eggs out at the right timing...
Healthy seaweed and mushroom
Break the perfect eggs...
A dash of pepper and soy sauce. Mix it all well and you have an eggliciously good bowl of eggy goodness. Too good to be shared so do order 2 eggs for each person:D
Always leave room for dessert. We enjoyed the very colourful and sweet Pisang Goreng with Ice Cream. Colourful pieces of tiny marshmallows makes this a very pretty dessert. Cold, creamy ice cream paired with hot pisang goreng is a nice feel. I must add on that the banana fritter is also ripe and sweet. Sweetness overdose...only if you eat up the marshmallows too.
Some caffeine in the form of Affogato RM9.00 is a welcome. After a fun and colourful dinner at Wondermama, we certainly need some caffeine to stay awake.
Wondermama is nothing boring. Its a playful take at Malaysian food. Would I call it fusion? I don't think so. The term Modern Malaysian sounds better. Pop by today. Have some fun because Wondermama is all about having fun with your food.

Wondermama Restaurant and Cafe
G6 Bangsar Village 1
Jalan Telawi 1
Bangsar
T: +603 2284 9821 

Full set of pictures on my FB Page Missyblurkit: Wondermama
~.~
Saya agak gelak bila terdengar nama Wondermama buat kali pertama. Tidak tahu mengapa tetapi saya teringat pula dengan Wonder Woman dan Wonder Bra. Apabila masuk ke Wondermama terasa sungguh gembira dan selesa. Kemungkinan kerana warna warni? Ataupun kerana gaya rekaan restoran itu. Contohnya lamp shade yang digunakan sebenarnya dibuat dari kuali.

Seperti biasa, perut saya ini selalu lapar. Di Wondermama, makanan dihidangkan agak cepat. Fusion Roti Bakar RM4.50 sangat istimewa. Roti bakar disapu dengan mentega bawang putih, kaya dan tobiko . Agak pelik bunyinya tetapi memang sedap sekali. Chef Edwin Yau boleh dikatakan sangat kreatif dengan rekaan menu.

Saya memang suka makan salad. Di Wondermama, pilihan saladnya agak unik. Tidak disangkan yang papadam boleh dipadankan dengan rojak buah. Rojak WM RM14.90 sini bukan sekadar rojak biasa yang ditambah dengan papadam tetapi sos rojak yand digunakan juga istimewa.

Ulam dimakan dengan nasi dan telur masin memang sedap dan biasa dihidangkan. Tapi salad dan ikan masin? Begitulah Salad Telur Masin Wondermama yang dihidangkan dengan sayuran salad yang segar, telur masin dan daging ayam goreng. Saya rasa ini adalah satu hidangan yang agak bagus untuk menyakinkan seseorang untuk makan salad.

Melaka Style Laksa Nyonya RM13.90 bukanlah laksa yang kamu biasa makan yang penuh berlemak santan. Maklumlah, kalau makan terlalu berlemak itu tidak begitu sihat untuk kesihatan.

Special Seafood Maggie Mee Goreng yang berharga RM14.90 yang dihidangkan ini memang sedap. Rasanya agak mewah dan terasa seperti yang nenek saya masakkan di rumah. Mee maggi digoreng dengan sotong, ikan salmon, udang, telur dan sayur. 

Pernahkan kamu makan otak-otak, beef bacon dan pasta sekaligus? Inilah gaya Wondermama menghidangkan Wondermama Special Spaghetti RM22.90. Pasta ini disajikan dengan sos tomato pedas yang enak dan menyelerakan.

Walaupun sudah agak kenyang, kita masih teringin makan Malacca Style Nyonya Style Mee Siam. Hidangan mee siam ini mesti dimakan dengan kuah istimewa pedas yand lebih sedap bila dimakan dengan limau.

Kalau biasanya makan telur setengah masak, kamu tentu akan terkagum dengan Half Boiled Eggs RM3.80 Wondermama yand dihidangkan dengan rumpai laut dan cendawan. Tambah sedikit kicap masin dan lada hitam untuk rasa yang begitu enak sekali. 

Kalau sudah makan sehingga kenyang, pencuci mulut adalah satu kemestian. Malam ini kita menikmati Pisang Goreng With Ice Cream. Pisang goreng yang panas dimakan bersama ais krim yang sejuk manis itu sungguh lazat. Kalau sukakan manis, makanlah bersame marshmallow yang turut dihidangkan. Agak cantik juga manisan ini dengan warna-warna ceria marshmallow.

Affogato RM9.00 dengan ais krim dan kopi espresso sangat adalah dialu-alukan. Ais krim yang berkrim dinikmati bersama kopi espresso panas memang enak. Ianya juga diperlukan kerana takut terlalu kenyang dan akan tertidur sebelum kita pulang ke rumah:D

Makanan di Wondermama tidak membosankan. Saya rasakan makanan di sini bukannya fusion tetapi lebih kepada masakan moden Malaysia. 
Wondermama Restaurant and Cafe
G6 Bangsar Village 1
Jalan Telawi 1
Bangsar
T: +603 2284 9821 


Terdapat lebih gambar di laman FB saya MissyblurkitWondermama